Lagi Maklumat Bocor Mengenai Poco F1 – Kali Ini Harga, Warna, Dan Storan Comments Off on Lagi Maklumat Bocor Mengenai Poco F1 – Kali Ini Harga, Warna, Dan Storan

Pelancaran Pocophone F1 telah dijadualkan pada 22 Ogos ini di India. Ia sebuah peranti yang dibangunkan bersama Xiaomi. Spesifikasinya Poco F1 bagaimanapun telah dikongsikan di dalam artikel kami sebelum ini dengan kehadiran perkakasan berprestasi tinggi.

Baca juga: Xiaomi Pocophone F1 Akan Dilancarkan Pada 22 Ogos Ini Di India

Maklumat bocor terbaru melaporkan Poco F1 untuk model asas akan diperkenalkan dengan storan dalaman 64GB dan 6GB RAM. Ia dijangka akan didatangkan dengan pilihan warna merah, kelabu, biru, dan gradien. Disamping versi asas, ia akan hadir dengan versi storan 128GB juga. Versi ini kemungkinan akan membawakan tanda harga yang kompetitif sekitar Rs25,000 (~RM1,469).

Gambar tertiris disyaki Poco F1

Untuk model premium, Poco F1 akan ditemani memori 8GB RAM serta storan seluas 256GB. Versi ini pula akan diperkenalkan dengan warna kelabu, biru, gradien, dan warna istimewa kevlar. Tiada pendedahan harga untuk versi ini bagaimanapun ia akan dijual pada harga lebih kurang Rs29,000 (~RM1,704) seunit.

Baca juga: Xiaomi Pocophone F1 Mencatatkan Keputusan Geekbench 4 Lebih Baik Berbanding OnePlus 6

Kehadiran Poco F1 dengan spesifikasi hampir menyerupai Xiaomi Mi 8 dikhabarkan akan dijual lebih murah. Pada pandangan kami pada harga sebegini sekurang-kurangnya ia dapat memberi ruang kepada jenama baru seperti Pocophone untuk naikkan nama.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend