KWSP Memaklumkan Semua Perkhidmatan Dalam Talian Dan Kios Tidak Boleh Diakses Pada 1 Disember 2018 Comments Off on KWSP Memaklumkan Semua Perkhidmatan Dalam Talian Dan Kios Tidak Boleh Diakses Pada 1 Disember 2018

Melalui laman rasmi KWSP (EPF) dan juga notifikasi yang diterima melalui aplikasi mudah alih i-Akaun di telefon pintar, pihak KWSP telah memaklumkan bahawa semua perkhidmatan dalam talian dan juga kios tidak boleh diakses untuk sementara waktu menjelang 1 Disember 2018 (Sabtu).

Bermula jam 7 pagi hingga 9 malam, akses kepada myEPF, i-Akaun ahli, i-Akaun Majikan, i-Akaun Rakan Niaga, i-Akaun Aplikasi Mudah Alih, Perkhidmatan enquiry dan Kios tidak boleh dilakukan. Ini berikutan aktiviti penyenggaraan yang akan dilaksanakan dalam tempoh yang dinyatakan, dan semua perkhidmatan dijangka beroperasi seperti biasa selepas jam 9 malam pada hari yang sama.

KWSP turut memaklumkan Kaunter Perkhidmatan dan Bayaran juga akan ditutup lebih awal iaitu jam 4 petang pada 30 November (Jumaat) bagi melaksanakan aktiviti penyenggaraan sistem KWSP.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend