KWSP i-Lestari: Status Kelulusan Permohonan Pengeluaran Kini Sudah Mula Diterima Comments Off on KWSP i-Lestari: Status Kelulusan Permohonan Pengeluaran Kini Sudah Mula Diterima

Bermula 1 April 2020 yang lepas, permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telahpun dibuka sehingga 31 Mac 2021 nanti.

Melalui pemeriksaan kami, status kelulusan permohonan KWSP i-Lestari telahpun mula diterima hari ini. Sebagai rujukan, penulis telahpun membuat permohonan KWSP i-Lestari pada 1 April 2020 (sekitar jam 1 pagi).

Menurut KWSP, permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020 akan mula menerima bayaran bermula bulan Mei 2020. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Anda boleh menyemak status kelulusan permohonan pengeluaran KWSP i-Lestari melalui laman sesawang rasmi di https://secure.kwsp.gov.my/ ataupun menggunakan aplikasi i-Akaun di peranti Android atau iOS.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Contoh Situasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend