KWSP i-Lestari: Permohonan Melalui ‘i-Lestari Online’ Lebih Mudah Tanpa Perlu i-Akaun Atau Dokumen Comments Off on KWSP i-Lestari: Permohonan Melalui ‘i-Lestari Online’ Lebih Mudah Tanpa Perlu i-Akaun Atau Dokumen

Hari ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telahpun melancarkan penambahbaikan permohonan pengeluaran i-Lestari secara atas talian yang dikenali sebagai ‘i-Lestari Online’.

Melalui laman rasmi baharu ini, permohonan baharu boleh dibuat dengan lebih mudah dan cepat kerana pengguna tidak perlu mencetak borang, memuat naik dokumen dan boleh diakses tanpa perlu menggunakan i-Akaun.

Selain menyokong permohonan baharu, laman sesawang rasmi ini turut menawarkan perkhidmatan untuk menyemak status permohonan dengan lebih mudah iaitu hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon sahaja.

Apa yang perlu anda tahu mengenai i-Lestari Online:

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan i-Lestari Online?
    • i-Lestari Online adalah saluran dalam talian yang membolehkan Ahli KWSP menghantar permohonan Pengeluaran i-Lestari menggunakan borang yang boleh diakses terus di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my
  2. Apakah kelebihan saluran ini kepada Ahli?
    • Mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari secara dalam talian berdasarkan terma-terma yang ditetapkan;
    • Memohon tanpa perlu mendaftar untuk i-Akaun (Ahli);
    • Menyemak makluman status pengeluaran secara dalam talian;
    • Menghantar permohonan Pengeluaran i-Lestari menggunakan pelbagai peranti seperti komputer peribadi, komputer riba, tablet, telefon pintar dan sebagainya; dan
    • Membuat permohonan secara mudah, cepat dan tepat.
  3. Apakah langkah-langkah untuk Ahli memohon Pengeluaran i-Lestari melalui i-Lestari Online?
    • Ahli perlu melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online.
    • Masukkan nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon bimbit, alamat e-mel (jika ada) dan alamat surat menyurat.
    • Pilih amaun pengeluaran yang dikehendaki.
    • Pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank simpanan/semasa. Pastikan akaun bank simpanan/semasa yang masih AKTIF.
    • Klik pada kotak perakuan terma dan syarat. Ahli dikehendaki untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan perakuan terma dan syarat. Klik pada butang SETUJU.
    • Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang HANTAR.
  4. Bolehkah Ahli menyemak status pengeluaran yang telah dihantar melalui saluran lain menggunakan kemudahan i-Lestari Online ini?
    • Ya. Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran i-Lestari melalui kemudahan i-Lestari Online sekiranya permohonan tersebut telah diterima dan didaftarkan.
  5. Adakah Ahli bukan warganegara Malaysia boleh menggunakan saluran ini?
    • Tidak. Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh menghantar permohonan melalui pos sahaja.

sumber: Twitter/KWSPMalaysia

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend