KWSP i-Lestari: Bayaran Pertama Mula Dikreditkan Ke Dalam Akaun Bank Bermula Hari Ini Hingga 18 Mei Comments Off on KWSP i-Lestari: Bayaran Pertama Mula Dikreditkan Ke Dalam Akaun Bank Bermula Hari Ini Hingga 18 Mei

Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, ahli Kumpulan Wang Simpang Pekerja (KWSP) yang telah berjaya mendapatkan kelulusan Pengeluaran i-Lestari kini sudahpun mula menerima bayaran bulan pertama sebanyak RM500.

Bayaran untuk Pengeluaran i-Lestari itu akan terus dikreditkan ke dalam bank akaun yang telah didaftarkan semasa pendaftaran dibuat. Menurut KWSP, bayaran akan dibuat SECARA BERPERINGKAT iaitu bermula 4 Mei 2020 sehingga 18 Mei 2020.

Tanpa perlu membuat panggilan telefon, emel atau hadir ke cawangan KWSP, semakan status permohonan Pengeluaran i-Lestari kini sudah boleh dibuat secara atas talian di https://ilestari.kwsp.gov.my/.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend