Kurang 50 Unit Set Rasmi Malaysia Nubia X Sedia Untuk Ditempah Comments Off on Kurang 50 Unit Set Rasmi Malaysia Nubia X Sedia Untuk Ditempah

Nubia X sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi di China pada penghujung Oktober yang lalu, dan dalam diam-diam model ini telah mula ditawarkan secara rasmi di negara ini melalui laman rasmi Nubia Malaysia. Sungguhpun begitu, pra-tempah untuk kesemua varian yang ditawarkan itu telah kehabisan stok buat masa ini.

Usah khuatir kerana anda yang berminat untuk memiliki Nubia X kini masih boleh membuat pra-tempah model tersebut secara eksklusif di Shopee. Terdapat dua pilihan ruang storan ditawarkan untuk Nubia X iaitu 8GB + 128GB dan juga 8GB + 256GB. Berikut adalah harga jualan untuk Nubia X di Malaysia:

  • 8GB + 128GB (Deep Gray) – RM2,469
  • 8GB + 128GB (Black Gold) – RM2,469
  • 8GB + 128GB (Sea Blue) – RM2,519
  • 8GB + 256GB (Black Gold) – RM2,819
  • 8GB + 256GB (Blue Gold) – RM2,869
Dari kiri: Deep Gray, Black Gold, Sea Blue dan Blue Gold.

Setiap varian yang ditawarkan walau bagaimanapun ditawarkan dalam kuantiti yang agak terhad jadi anda digalakkan untuk membuat pra-tempah ini secepat yang mungkin. Anda juga boleh mendapatkan baucar tunai bernilai RM20 (hingga 16 Disember) atau RM40 (hingga 3 Disember) apabila membuat pra-tempah Nubia X di Shopee.

Pra-tempah Nubia X secara eksklusif di Shopee

Baca juga:

Nubia X Diperkenalkan – Dua Skrin OLED Depan Dan Belakang, Snapdragon 845

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend