Kupasan Ringkas Fungsi Google Lens Preview Comments Off on Kupasan Ringkas Fungsi Google Lens Preview 436

Beberapa hari lepas, aku perasan ada ikon baru di dalam aplikasi Google Photos. Rupanya-rupanya fungsi Google Lens Preview sudah mula dilancarkan. Jadi aku kupas sedikit tenntang fungsi terbaru ni.

Apa tu Google Lens Preview?

Google Lens Preview membolehkan korang melakukan carian informasi dan juga mengekstrak data melalui penganalisaan imej. Fungsi ni bukanlah baru sangat, ianya sudah lama ada dan dilengkapkan pada peranti Pixel. Sebelum ini pun Google ada membina aplikasi Google Goggles yang sama fungsinya seperti Google Lens Preview.

Bagaimana melakukan pencarian?

Pencarian informasi dilakukan dari dalam aplikasi Google Photos, selepas tu buka mana-mana gambar yang korang ingin lakukan carian. Contoh dan cara pencarian ada diterangkkan di bawah;

1. Tap ikon Google Lens Preview
2. Aplikasi menganalisa imej.
3. Hasil carian akan dipaparkan.

Hasil carian dari fungsi ini taklah sempurna, ia bergantung kepada subjek di dalam imej tersebut. Jika subjek imej lebih terkenal, maka lebih tepat carian yang dilakukan. Contohnya jika korang melakukan carian menggunakan imej artwork seperti yang aku lakukan pada contoh ini;

1
2
3

Selain itu fungsi ini juga boleh mengekstrak teks dari imej, contohnya seperti di bawah.

1
2
3

Sekian kupasan ringkas aku mengenai fungsi Google Lens Preview. Kalau korang belum cuba aplikasi Googel Photos, munkin kini korang patut cuba sebab agak cool dan berguna jugak fungsi Google Lens Preview nih.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend