Kuota Data Untuk Pelan Digi Home Broadband Kini Dinaikkan Sehingga 25GB – Bermula Daripada RM45/bulan Comments Off on Kuota Data Untuk Pelan Digi Home Broadband Kini Dinaikkan Sehingga 25GB – Bermula Daripada RM45/bulan

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah mengumumkan rombakan semula terhadap kuota data Internet untuk pelan Digi Home Broadband yang ditawarkannya untuk pelanggan sedia ada dan juga pelanggan baharu, pada harga serendah RM45 sebulan.

Kini pelanggan pelan Broadband Monthly 45 akan menerima tambahan kuota data daripada 15GB kepada 25GB, pelanggan pelan Broadband Monthly 65 pula akan menerima kuota data sebanyak 50GB berbanding hanya 35GB sebelum ini, manakala pelanggan pelan Broadband Monthly 105 menerima tambahan kuota data daripada 75GB kepada 100GB.

Sebagai tambahan, kesemua pelanggan pascabayar Digi yang membuat langganan pelan Digi Home Broadband juga akan turut menerima diskaun seumur hidup sebanyak RM5 atau RM10 untuk bayaran bil perkhidmatan tersebut.

Tambahan kuota data Internet untuk pelanggan sedia ada Digi Home Broadband ini akan mula diterima pada bil berikutnya, manakala untuk pelanggan yang baru berdaftar akan menikmati kuota data yang lebih besar ini ketika pendaftaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.digi.com.my

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend