Kumpulan ‘Ransomware’ Tidak Akan Sasar Organisasi Kesihatan Dan Perubatan Buat Masa Ini Comments Off on Kumpulan ‘Ransomware’ Tidak Akan Sasar Organisasi Kesihatan Dan Perubatan Buat Masa Ini

Beberapa pengendali ransomware telah menyatakan bahawa mereka berjanji tidak akan menyasarkan organisasi kesihatan dan perubatan semasa wabak Coronavirus (COVID-19) berlaku di seluruh dunia.

Perkara ini telah dilaporkan selepas portal BleepingComputer telah mendekati kumpulan ransomware’seperti Maze, DoppelPaymer, Ryuk, Sodinokibi/REvil, PwndLocker, dan juga Ako Ransomware dan mengajukan soalan sama ada mereka akan terus menyasarkan organisasi kesihatan dan perubatan ketika wabak melanda.

DoppelPaymer yang merupakan kumpulan ransomware pertama yang memberi respons telah menyatakan bahawa kebiasaannya mereka tidak akan menjadikan organisasi tersebut sebagai sasaran, dan mereka akan terus menggunakan pendekatan itu buat masa ini.

Bahkan apabila ditanya apa yang akan berlaku sekiranya organisasi perubatan telah disulitkan (encryted), kumpulan ini telah memaklumkan bahawa ‘mangsa’ perlu menghubungi mereka melalui emel atau laman sesawang Tor untuk mengemukan bukti, sebelum ia kembali dinyah-sulitkan.

Maze Ransomware pula memaklumkan bahawa mereka akan menghentikan segala ‘aktiviti’ menentang kesemua organisasi yang terlibat dengan perubatan sehinggalah wabak ini berakhir.

Manakala Netwalker Ransomware pula telah menegaskan bahawa mereka tidak pernah menyasarkan organisasi kesihatan dan perubatan dalam aktiviti mereka. Malah mereka turut mendakwa bahawa tiada kumpulan ransomware akan menjadikan organisasi tersebut sebagai sasaran.

Namun apabila ditanya apa terjadi sekiranya organisasi seperti hospital telah disulitkan tanpa sengaja, Netwalker Ransomware telah menyatakan bahawa bayaran perlu dibuat sekiranya perkara itu berlaku.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend