Kuasa Media Sosial – Kedai Donut Yang Sebelum Ini ‘Sepi’ Secara Tiba-Tiba Mendapat Sambutan Comments Off on Kuasa Media Sosial – Kedai Donut Yang Sebelum Ini ‘Sepi’ Secara Tiba-Tiba Mendapat Sambutan 266

Tidak dinafikan bahawa media sosial merupakan salah satu daripada saluran yang sangat kuat dalam mencetuskan ketularan sesebuah berita atau isu. Bahkan tidak dinafikan lagi kekuatan media sosial dilihat sangat membantu ke arah positif dan perkara ini telah dilalui sendiri oleh pemilik kedai donut di sebuah bandar di Texas.

Melalui perkongsian di laman Twitter, seorang pemuda telah memuat naik beberapa keping gambar dengan status yang memperlihatkan kesedihan ayahnya kerana kedai donut yang baru dibuka langsung tidak dikunjungi oleh pelanggan. Di dalam tweet itu juga, si anak dilihat turut berkongsi alamat kedai dan juga akaun Instagram kedai donut milik ayahnya.

Ā Ā 

Kurang 12 jam selepas dikongsikan, kedai donut yang sebelum ini sunyi secara tiba-tiba telah menerima kunjungan pelanggan yang ramai. Bahkan lebih mengejutkan, kesemua donut dan kuih tradisional Czech yang dikenali sebagai KolacheĀ telah habis dijual selepas perkongsiannya di Twitter itu telah tular.

Perkongsian yang dimuat naik di Twitter pada 10 Mac itu kini telah menerima lebih daripada 470,000 like, dan lebih daripada 223,000 perkongsian semula di laman Twitter.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend