KTMB Umum Perubahan Jadual Operasi KTM Komuter Bermula 21 Disember Comments Off on KTMB Umum Perubahan Jadual Operasi KTM Komuter Bermula 21 Disember

KTM Berhad hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung perubahan operasi KTM Komuter bagi lalu Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang bermula 21 Dis depan berikutan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih landasan.

Perubahan jadual operasi itu akan dilaksanakan pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad minggu keempat dan kelima Disember serta minggu pertama Januari 2019.

“Kerja-kerja penyelenggaraan landasan akan berlangsung terus-menerus selama 30 jam mulai hari Jumaat, pukul 11 malam dan akan tamat pada Ahad, 5.00 pagi mengikut tiga fasa dan hanya melibatkan tren komuter sahaja,” kata kenyataan itu.

Bagi fasa pertama yang bermula 21 Dis hingga 23 Dis, perubahan jadual waktu akan melibatkan 19 tren komuter (lapan tren dari KL Sentral dan 11 tren dari Pelabuhan Klang) manakala fasa kedua (28 Dis hingga 30 Dis) akan melibatkan 22 tren komuter (14 tren dari Pelabuhan Klang dan lapan tren dari KL Sentral). Sementara, fasa ketiga pula yang bermula 4 Jan hingga 6 Jan akan melibatkan enam tren (satu dari KL Sentral dan lima dari Pelabuhan Klang).

“Kerja-kerja penyelenggaraan landasan ini perlu dilakukan bagi tujuan keselamatan selain memberi keselesaan kepada perjalanan tren di laluan KL Sentral ke Pelabuhan Klang,” tambah kenyataan itu. Bagi memastikan kelancaran, KTM Komuter akan menempatkan kakitangan yang mencukupi bagi membantu para penumpang di stesen-stesen yang terlibat sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Kepada pengguna KTM Komuter yang menggunakan laluan tersebut, anda boleh semak jadual berhubung waktu operasi di laman sesawang KTM Berhad atau di media sosial Twitter dan Instagram.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend