KTMB Menghentikan Perkhidmatan Tren Antara Bandar Dan Negeri Sehingga Tamat PKP Comments Off on KTMB Menghentikan Perkhidmatan Tren Antara Bandar Dan Negeri Sehingga Tamat PKP

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ini telah mengumumkan untuk menghentikan sementara beberapa perkhidmatan tren antara bandar dan negeri ekoran perkembangan terkini wabak COVID-19.

Pemberhentian itu berkuatkuasa semalam (24 Mac 2020) sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal selaku Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, hanya dua perkhidmatan ETS dan dua perkhidmatan KTM antara bandar akan beroperasi setiap hari, berbanding lapan kesemuanya sebelum ini.

Tambah beliau lagi, perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan dan Shuttle Tebrau dihentikan sepenuhnya sehingga tamat tempoh perinta itu.

Turut terjejas, perkhidmatan tren Skypark Link di antara Stesen Kuala Lumpur Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dikurangkan kepada empat larian sehari, berbanding lapan sebelum ini.

Perkhidmatan beberapa tren masih perlu diteruskan mengambilkira keperluan khusus. Ini termasuk penghantaran bahan-bahan perubatan dan makanan serta pergerakan kakitangan pelbagai perkhidmatan penting yang terlibat dalam penguatkuasaan perintah ketika ini.

Para penumpang boleh membuat pindaan tarikh perjalanan di kaunter atau pembatalan tiket menerusi laman sesawang www.ktmb.com.my.

Orang ramai digesa mendapatkan maklumat semasa operasi tren menerusi laman sesawang tersebut atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200.

KTMB minta penumpang ETS 9173 buat saringan kesihatan

KTMB meminta semua penumpang tren elektrik (ETS) No. 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan jika terdapat gejala berkaitan COVID-19.

Ini berikutan terdapat salah seorang mangsa wabak itu dilaporkan telah menaiki tren tersebut dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas.

Kamarulzaman berkata, pihaknya telah menghentikan operasi perkhidmatan tren terbabit dan kerja-kerja disinfeksi telah dilakukan ke atas tren tersebut.

Tambahnya, sebagai langkah tambahan, semua tren ETS juga telah menjalani proses disinfeksi bagi keselamatan para penumpang dan kakitangan.

sumber: Twitter/Jab.PerdanaMenteri

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend