Kotak Pembungkusan Huawei Mate 20 X Versi 5G Mula Tersebar Comments Off on Kotak Pembungkusan Huawei Mate 20 X Versi 5G Mula Tersebar

Tahun ini merupakan tahun di mana pengeluar berlumba-lumba memperkenalkan telefon pintar 5G masing-masing. Ini termasuk juga jenama seperti Huawei menerusi model Huawei Mate X yang diperkenalkan di acara MWC 2019 pada bulan Februari lalu.

Memandangkan peranti boleh-lipat Mate X membawa tanda harga yang amat tinggi, satu lagi model telah diumumkan iaitu Huawei Mate 20 X versi 5G. Daripada segi harga mungkin ia tidaklah semahal Mate X kerana Huawei dilaporkan cuma memasukkan Balong 5000 (cip modem 5G) pada papan utama peranti.

Terkini, satu gambar memperlihatkan kotak pembungkusan Huawei Mate 20 X 5G telah mula tersebar. Menurut sumber, kotak pembungkusan ini dibungkus khas untuk pembekal mudah alih, Unicom di China untuk tujuan uji kaji. Ini telah dibuktikan pada cetakan kertas merah yang ada pada luar kotak. Maka jelas sekali ia bukanlah unit untuk dijual kepada pengguna.

Huawei Mate 20 X 5G hadir dengan kapasiti bateri yang sedikit kecil berbanding versi 4G. Ia dimuatkan bateri 4,200mAh berbanding 5,000mAh. Dikatakan peranti ini akan mula dijual bermula Ogos tahun ini iaitu dua bulan selepas Huawei Mate X.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend