Kotak Bungkusan Google Pixel 4a Tertiris Di Arena Web Comments Off on Kotak Bungkusan Google Pixel 4a Tertiris Di Arena Web

Google Pixel 4a akan hadir ke pasaran tidak lama lagi sebagai telefon premium yang dikuasakan cip pemproses kelas pertengahan. Banyak juga info mengenai peranti telah tertiris antaranya reka bentuk dan spesifikasi.

Terkini, gambar menunjukkan kotak bungkusan peranti itu pula telah tersebar di alam maya dan tersenarai di laman sesawang Slashleaks sebagai boleh dipercayai.

Berdasarkan apa yang kita dapat lihat, kotak Pixel 4a itu tidak mempunyai apa-apa yang istimewa bahkan kotaknya juga tampil ringkas yang mana bahagian depan terdapat imej memaparkan sebahagian panel belakang peranti.

Selain itu, kita juga dapat lihat modul kamera Pixel 4a ini berbentuk segi empat hampir menyamai siri Pixel 4. Tetapi jika diteliti, peranti itu cuma dilengkapi satu lensa kamera berbanding dwikamera pada Pixel 4 dan Pixel 4 XL disamping terdapat LED flash diatasnya.

Pixel 4a dijangka akan dilancarkan pada acara Google I/O 2020. Memandangkan acara itu telah dibatalkan ekoran penularan COVID-19, ramai yang tidak tahu bilakah Google akan memperkenalkannya.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend