Korea Selatan Mencatatkan Lebih Daripada 900,000 Pengguna Rangkaian 5G Comments Off on Korea Selatan Mencatatkan Lebih Daripada 900,000 Pengguna Rangkaian 5G 328

Sebelum ini Korea Selatan dilaporkan telah memiliki lebih daripada 260,000 pengguna yang telah disambungkan ke rangkaian 5G di negara itu. Kini dalam tempoh yang singkat, pengguna 5G di negara itu telah mencatatkan lebih daripada 900,000.

Bahkan menurut portal itu, ia bakal mencatatkan angka 1 juta pengguna menjelang minggu ini. Sebagai rujukan, Korea Selatan telah menawarkan servis rangkaian 5G sejak 5 April 2019 yang lalu, dan ia telah disediakan oleh tiga telco utama di negara itu.

Pada April 2019, pengguna 5G di Korea Selatan adalah seramai 271,600, dan angka itu terus meningkat kepada 776,600 pengguna pada penghujung bulan Mei 2019 yang lalu. Berdasarkan angka tersebut, lebih 500,000 pengguna telah berdaftar ke rangkaian 5G dalam tempoh hanya sebulan.

sumber

Baca juga:

Lebih Daripada 260,000 Pengguna Di Korea Selatan Telah Disambungkan Ke Rangkaian 5G

MediaTek Helio M70 Diumumkan Dengan Modem 5G, Bakal Digunakan Seawal Tahun Hadapan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend