Konfigurasi Kamera Siri Samsung Galaxy A Untuk Tahun 2020 Tertiris Di Internet?! Comments Off on Konfigurasi Kamera Siri Samsung Galaxy A Untuk Tahun 2020 Tertiris Di Internet?! 250

Walaupun masih ada lebih kurang empat bulan sebelum kita melangkah ke tahun 2020, nampaknya sudah ada pengguna di Twitter yang telah berjaya mendedahkan konfigurasi kamera untuk semua model telefon pintar Samsung dari siri Galaxy A. Menariknya selain kamera, maklumat itu turut mendedahkan nama model yang akan diguna pakai oleh Samsung bermula tahun depan.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat, tiga daripada model yang akan diperkenalkan oleh Samsung iaitu Galaxy A21, Galaxy A31 dan Galaxy A41 akan menawarkan sokongan tiga kamera dengan konfigurasi lensa utama, lensa sudut luas, dan juga lensa kedalaman. Manakala Galaxy A51 dan Galaxy A61 pula memiliki tiga kamera dengan konfigurasi lensa utamalensa telefoto (2x zum optikal) beserta lensa kedalaman.

Lebih istimewan, untuk model yang lebih premium iaitu Galaxy A71, Galaxy A81 dan juga Galaxy A91 pula tersedia dengan sokongan empat kamera yang menawarkan konfigurasi kamera lensa utamalensa sudut luaslensa telefoto (sehingga 5x zum optikal) dan juga lensa ToF.

Kesahihan berita ini masih lagi tidak dapat dipastikan kebenarannya, tetapi berdasarkan rekod ketirisan maklumat yang didedahkan oleh individu tersebut sebelum ini, ia mungkin boleh dipercayai.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend