Komputer Riba Keluaran Huawei Mula Dijual Semula Di Dalam Kedai Atas Talian Microsoft Comments Off on Komputer Riba Keluaran Huawei Mula Dijual Semula Di Dalam Kedai Atas Talian Microsoft 458

Sebelum ini Microsoft telah dilaporkan telah menyingkirkan kesemua model komputer riba keluaran Huawei bagi mengikuti arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap jenama dari China itu. Walau bagaimanapun pihak Microsoft dilihat tidak pula mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penyingkiran itu pada bulan Mei 2019 yang lalu.

Menariknya hari ini seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai WalkingCat telah berkongsi bahawa kedai atas talian milik Microsoft telah mengembalikan semula komputer riba keluaran Huawei di dalam kedai rasminya itu. Bahkan berdasarkan kepada pemerhatian kami sendiri, MateBook X Pro, MateBook D dan MateBook 13 telah kembali disenaraikan di dalam laman tersebut.

Berdasarkan kepada pertanyaan yang telah diajukan oleh TheVerge kepada pihak Microsoft sama ada mereka bercadang untuk menambah stok dan akan terus menjual komputer riba keluaran Huawei, jurucakap Microsoft telah memaklumkan bahawa Microsoft Store hanya menjual inventori sedia ada, sekaligus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Amerika Syarikat.

Baca juga:

Huawei Muncul Di Tangga Ke-47 “Top 100 Most Valuable Global Brands”

Huawei Mengesahkan Pengurangan Sebanyak 40% Untuk Jualan Telefon Pintar Bagi Pasaran Global

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend