Kod Google Camera Dedah Google Pixel 4 Akan Dilengkapi Dengan Lensa Telefoto?! Comments Off on Kod Google Camera Dedah Google Pixel 4 Akan Dilengkapi Dengan Lensa Telefoto?! 468

Rekaan kamera pada Google Pixel 4 bukan lagi sesuatu yang baru kerana Google sendiri sebelum ini telah mendedahkan rekaan panel belakang yang akan digunakan oleh Google Pixel generasi keempatnya itu. Malah gambar sebenar peranti itu juga telah berjaya dikongsikan di Internet.

Melalui gambar yang dikongsikan sebelum ini, kita sedia maklum bahawa Pixel 4 akan tampil dengan dua lensa untuk kamera utamanya. Namun begitu sistem kamera yang digunakan masih lagi tidak diketahui, sehinggalah baru-baru ini portal XDA Developers telah berjaya mengesahkan jenis lensa yang disokong oleh Pixel 4 melalui kod aplikasi Google Camera.

Berdasarkan ketirisan Google Camera 6.3 yang diambil daripada Android Q Beta 5, Pixel 4 dipercayai tampil dengan sokongan lensa kedua jenis telefoto. Malah seperti yang dikongsikan sebelum ini, telefon pintar terbaharu daripada Google ini juga akan menyokong Project Solidan ini disahkan lagi oleh kod tersebut melalui sokongan lensa depan dengan sudut luas serta sensor IR (inframerah).

Jika dilihat pada garis masa pelancaran model Pixel sebelum ini, Google mungkin akan melancarkan Pixel 4 dan juga Pixel 4 XL menjelang Oktober 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend