KLFW Jalin Kerjasama Dengan Huawei Nova Melalui Pertandingan Rekaan Fesyen #WeAreNova Comments Off on KLFW Jalin Kerjasama Dengan Huawei Nova Melalui Pertandingan Rekaan Fesyen #WeAreNova

Bersempena meraikan bulan Ramadhan, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) sekali lagi telah menjalinkan kerjasama dengan Huawei Nova untuk tahun kedua berturut-turut. Melalui kerjasama ini, pertandingan #WeAreNova akan berlangsung selama tiga minggu bermula 10 Mei 2019 nanti.

Buat masa ini, seramai 30 pereka fesyen terkenal telah mengambil bahagian melalui rangkaian media sosial, manakala seramai 70 orang pelajar yang mengambil jurusan rekaan fesyen daripada lebih 10 buah universiti dijangka akan turut menyertai pertandingan ini. Untuk dua minggu pertama, mereka perlu memaparkan rekaan masing-masing di laman Facebook KLFW, dan satu minggu terakhir akan dibuka untuk undian bagi rekaan terbaik.

Setiap pemenang akan berkongsi hadiah bernilai lebih RM15,000 dan hasil rekaan mereka akan dipersembahkan dalam acara KLFW 2019 yang akan berlangsung pada 21 hingga 25 Ogos tahun ini.

Bersempena dengan sambutan Ramadhan, setiap pembelian Huawei Nova 4 (RM1,899) dan Nova 4e (RM1,199) di semua cawangan Huawei Experience Store, serta telco utama tempatan akan turut menerima Huawei VIP bernilai RM1,000 secara percuma. Setiap pembelian salah satu model Huawei Nova ini juga akan turut berpeluang memenangi Huawei MediaPad T5 berharga RM999 secara percuma.

Beli Huawei Nova 4 dan Nova 4e melalui Huawei Online Official Store:

Baca juga:

Beli Huawei Nova 4 atau Nova 4e dan Dapatkan Huawei Band 3 Bernilai RM239 Secara Percuma

[Ulasan] Huawei Nova 4e Dengan Tetapan Tri-Kamera Belakang Pada Harga Kompetitif

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend