KL Gangster Underworld Kini Memulakan Tayangan Musim Pertama Di iflix Comments Off on KL Gangster Underworld Kini Memulakan Tayangan Musim Pertama Di iflix

Sebelum ini iflix ada membuat pengumuman dimana mereka bakal menyiarkan satu drama bersiri eksklusif yang diberi nama KL Gangster Underworld. Drama bersiri yang ditunggu-tunggu orang ramai itu kini boleh ditonton menerusi aplikasi iflix bermula hari ini.

Drama ini mengisahkan Shah (Beto Kushairy), seorang pewaris takhta gangster Kg Baru yang membuat keputusan untuk keluar daripada dunia gelap selepas jatuh cinta dengan seorang gadis (Ezzaty Abdullah) daripada geng saingan. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila dia diminta melaksanakan “tugas terakhir” dan secara tidak sengaja mengetahui rahsia yang akan mengubah nasibnya.

iflix Original menyajikan enam episod untuk musim pertama buat masa ini. Untuk bukan ahli iflix anda boleh membuat pendaftaran dan menikmati langganan percuma untuk satu bulan manakala bulan berikutnya cas sebanyak RM10 akan dikenakan. Bagi pelanggan Digi pula anda boleh melanggan iflix pada harga RM5 sahaja sementara untuk pelanggan unifi boleh menikmati akses penuh VIP.

Tonton: KL Gangster Underworld

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend