KK Super Mart Kini Menyokong Pembayaran Menggunakan E-Dompet Touch ‘N Go Comments Off on KK Super Mart Kini Menyokong Pembayaran Menggunakan E-Dompet Touch ‘N Go

Bagi menyahut penyelesaian pembayaran tanpa tunai, KK Super Mart baru-baru ini telah membolehkan penggunanya untuk menggunakan e-dompet Touch ‘n Go untuk membuat pembayaran di kesemua 330 rangkaian kedainya di seluruh negara. Kolaborasi ini telah dikuasakan oleh GHL dan iPay88 yang bertanggungjawab dalam menyediakan terminal tanpa tunai di kesemua cawangan KK Super Mart.

Melalui kerjasama dengan KK Super Mart ini, pengguna e-dompet Touch ‘n Go kini mampu menikmati lebih banyak penawaran gaya hidup melalui platform ini. Bersempena pengumuman kerjasama ini juga, TNG Digital akan memberikan soft PIN bernilai RM500,000 ke semua 330 kedai KK Super Mart di seluruh negara mulai 15 Ogos 2018.

Setiap pelanggan KK Super Mart yang mendaftqar dengan e-dompet Touch ‘n Go akan menerima soft PIN percuma bernilai RM10 tanpa sebarang pembelian minimum. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/kksupermart dan www.facebook.com/touchngoewallet.

Muat turun aplikasi e-dompet Touch ‘n Go:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend