Kita Bakal Melihat Iklan Pada WhatsApp Bermula Tahun Hadapan Comments Off on Kita Bakal Melihat Iklan Pada WhatsApp Bermula Tahun Hadapan 332

Facebook telah memperoleh keuntungan sebanyak USD19 bilion daripada WhatsApp pada tahun 2014. Sejak dari tahun itu, Facebook telah mula merancang untuk mengembangkan keuntungan mereka dengan berhasrat untuk meletakkan iklan pada aplikasi berkenaan.

Tahun hadapan, kita bakal melihat iklan pada WhatsApp di bahagian status. Iklan yang dipaparkan adalah lebih kurang sama seperti yang kita dapat lihat pada Instagram Stories. Perkara ini juga telah disahkan di dalam acara Facebook Marketing Summit baru-baru ini.

Dengan pengenalan ciri baharu ini, pengguna dapat memasarkan produk mereka dengan liputan yang lebih meluas. Namun begitu, bagi pengguna biasa, iklan pada WhatsApp ini mungkin menggangu dan menjengkelkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend