Kirin 980 Mungkin Hadir Dengan Cip 7nm, LTE Cat.19, Dan Grafik Lebih Baik Berbanding Snapdragon 845 Comments Off on Kirin 980 Mungkin Hadir Dengan Cip 7nm, LTE Cat.19, Dan Grafik Lebih Baik Berbanding Snapdragon 845

Selepas memperkenalkan Kirin 970 buat pertama kalinya pada tahun lepas, kita boleh melihat Huawei (HiSilicon) semakin maju dalam penghasilkan cipset untuk telefon pintar khususnya. Integrasi NPU (unit pemprosesan neural) menjadikan Huawei Mate 10 pada masa itu sangat pintar dalam beberapa aspek khasnya dalam penggambaran.

Jadi langkah yang telah diimplementasikan pada Kirin 970 akan diteruskan pada generasi seterusnya iaitu Kirin 980. Cipset ini dijangka akan diperkenalkan dalam acara IFA 2018 di Berlin tidak lama lagi. Kirin 980 dibina berasaskan cip sebesar 7nm yang akan dihasilkan di kilang TSMC. Kelajuan cip ini dalam memproses maklumat ialah sepantas 2.8GHz melalui sokongan lapan teras Cortex A77 dan Cortex A55. Sumber menambah, Kirin 980 merupakan cip yang pertama menggunakan sistem grafik buatan sendiri. Sistem GPU pada Kirin 980 bagaimanapun mampu beroperasi 1.5-kali lebih baik berbanding lawannya Adreno 630 daripada Snapdragon 845.

Awal tahun ini, kita telah dimaklumkan HiSilicon telah tampil dengan cip yang pertama di dunia menyokong fungsi sambungan Cat.19 untuk Balong 765. Sokongan ini telah diuji mampu memuat turun data sehingga 1.6Gbps – dimana ciri ini juga akan didatangkan sekali pada Kirin 980 kelak.

Integrasi NPU yang sudah ditawarkan pada peranti sepeti Mate 10, Mate 10 Pro, P20, dan P20 Pro seperti contoh telah memberikan hasil pengalaman yang baik kepada pengguna. Teknologi AI pada Kirin 980 dilaporkan akan diperkuatkan dengan AI generasi kedua. Selain itu, Huawei turut tawarkan integrasi GPU Turbo untuk cip ini.

Kirin 980 bakal digunakan pada Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro tidak lama lagi. Jadi, adakah dua peranti ini bakal memberi saingan kepada peranti iPhone yang menggunakan A12 akan datang? Kita nantikan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend