Kini Anda Boleh Mengawal Siapa Yang Boleh Memasukkan Anda Ke ‘Group’ WhatsApp Comments Off on Kini Anda Boleh Mengawal Siapa Yang Boleh Memasukkan Anda Ke ‘Group’ WhatsApp

WhatsApp merupakan aplikasi permesejan sosial yang paling meluas digunakan di negara ini. Namun disebabkan tiada kawalan pada aplikasi itu, anda sudah tentunya pernah berhadapan dengan situasi yang menjengkelkan apabila nombor anda telah dimasukkan ke dalam bermacam-macam ‘group’ yang cuba anda elakkan.

Menyedari akan isu tersebut, WhatsApp dilaporkan telah memperkenalkan tetapan khas yang mampu menyekat nombor anda daripada terus dimasukkan ke mana-mana ‘group’ sewenang-wenangnya. Apabila fungsi ini diaktifkan, admin ‘group’ tidak boleh terus memasukkan anda ke dalam ‘group’, sebaliknya hanya boleh menghantar mesej peribadi untuk menjemput anda menyertainya.

Untuk pengaktifan, anda hanya perlu mengakses Settings → Account → Privacy → Groups, dan anda hanya perlu memilih salah satu daripada tiga pilihan yang disediakan iaitu ‘Nobody’, ‘My Contacts’ ataupun ‘Everybody’. Sungguhpun begitu, kemas kini untuk fungsi ini akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Baca juga:

WhatsApp Akan Memperkenalkan Mod Gelap dan Akses Aplikasi Menggunakan Pengimbas Cap Jari

WhatsApp Bakal Sokong Fungsi Carian Imej Yang Diterima Menggunakan Perkhidmatan Google Images

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend