Kini Anda Boleh Menderma Di Masjid Menggunakan Touch ‘n Go Comments Off on Kini Anda Boleh Menderma Di Masjid Menggunakan Touch ‘n Go

eDompet Touch ‘n Go merupakan dompet digital yang berfungsi lebih kurang seperti Boost, GrapPay, Vcash, Razer Pay, dan pelbagai lagi untuk pembayaran tanpa tunai di kaunter pembayaran tertentu. Jika anda menggunakan eDompet Touch ‘n Go untuk membayar tol RFID, menambah nilai prabayar, membayar bil utiliti, dan menempah tiket wayang, kini anda boleh gunakan untuk menderma wang di masjid.

Untuk permulaan, orang ramai yang ingin membuat sumbangan atau derma menggunakan eDompet Touch n’ Go, mereka boleh ke Masjid Ar-Rahah yang terletak di Kampung Kerinchi. Menurut pihak TNG, sistem ini akan diperluaskan ke masjid-masjid seluruh negara tidak lama lagi. Tambahan, jika pihak pengurusan masjid di luar sana ingin menyertai sistem ini, mereka boleh mendaftarkan diri di TNG Digital.

Bagi anda yang singgah di masjid yang menawarkan sistem derma Touch ‘n Go ini, anda boleh mengimbas kod QR yang tersedia di dalam masjid seterusnya masukkan nilai yang ingin dipindahkan.

Pada pendapat kami melalui perkhidmatan derma digital ini, kes dan jenayah curi tabung masjid dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend