Keupayaan HUAWEI MatePad Pro Dengan Sokongan M-Pen Diperlihatkan Melalui Video Rasmi Comments Off on Keupayaan HUAWEI MatePad Pro Dengan Sokongan M-Pen Diperlihatkan Melalui Video Rasmi

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 25 November 2019 nanti di Shanghai, China, HUAWEI MatePad Pro bakal hadir dengan rekaan bezel nipis. Malah ia juga dikatakan akan dikuasakan dengan Kirin 990, skrin 2K, 8GB RAM, dan juga teknologi pengecasan pantas 40W.

Baru-baru ini HUAWEI telah berkongsi video rasmi MatePad Pro melalui akaun rasminya di Weibo. Berdasarkan video itu, MatePad Pro hadir dengan sokongan fungsi split-screen dan juga fungsi drag & drop yang mampu menjanjikan pengalaman multitasking yang lebih baik. Malah tablet ini juga turut menyokong aksesori tambahan seperti papan kekunci magnetik dan juga M-Pen.

Melalui video itu juga, MatePad Pro juga disahkan akan menyokong dwi kamera dengan bantuan LED Flash yang ditempatkan pada sebelah kiri atas kerangka, apabila digunakan dalam mod landskap. Untuk mengetahui harga jualan HUAWEI MatePad Pro, sama-sama kita nantikan pendedahannya pada minggu depan.

Baca juga:

HUAWEI MatePad Pro Terima Pensijilan 3C, Sah Guna Teknologi Pengecasan 40W

HUAWEI MatePad Pro Dengan Rekaan Bezel Nipis Sahkan Akan Dilancarkan Pada 25 November 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend