Ketua Xiaomi Sahkan Telefon Pintar Redmi Dengan Snapdragon 855 Akan Dikeluarkan Comments Off on Ketua Xiaomi Sahkan Telefon Pintar Redmi Dengan Snapdragon 855 Akan Dikeluarkan 853

Redmi merupakan sub-jenama kelima daripada Xiaomi selepas Mi, Poco, Mito, dan Black Shark. Dalam perkembangan terbaru, CEO Xiaomi, Lei Jun mengesahkan Redmi bakal hadir dengan telefon pintar menggunakan cipset Snapdragon 855 buat kali pertama tidak lama lagi.

Kita sedia maklum, tujuan utama jenama Redmi diperkenalkan adalah untuk memasarkan telefon pintar yang berkualiti dengan harga yang lebih rendah berbanding jenama lain. Selepas kehadiran Redmi Note 7, Redmi kini dilaporkan sedang bersedia melancarkan dua peranti iaitu Redmi Note 7 Pro dan sebuah lagi menggunakan cipset Snapdragon 855.

Tiada maklumat lanjut mengenai peranti Snapdragon 855 didedahkan setakat ini. Khabarnya, ia mungkin akan dinamakan sebagai Redmi X. Apa-apapun dengan dua model ini ia mungkin sedikit sebanyak dapat menyaingi jenama Poco yang kita lihat mendapat sambutan yang tinggi dari seluruh dunia.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend