Ketirisan Vivo Z3i Dedah Rekaan Takuk Kecil, Spesifikasi, Harga Dan Juga Video Comments Off on Ketirisan Vivo Z3i Dedah Rekaan Takuk Kecil, Spesifikasi, Harga Dan Juga Video

Vivo Z1 sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi di China pada bulan Mei yang lepas, dan tidak lama selepas itu satu lagi varian baharu dengan kemunculan Vivo Z1i. Kini tidak sampai lima bulan siri Z yang pertama diperkenalkan, nampaknya Vivo bakal hadir dengan satu lagi model dari siri yang sama iaitu Vivo Z3i.

Melalui ketirisan imej dan juga video yang telah tersebar di Internet, Vivo Z3i tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti Vivo Z1 dan juga Vivo Z1i. Namun paparan skrin bernisbah 19:9 yang berukuran 6.3 inci ini tampil dengan rekaan takuk yang lebih kecil mirip seperti titisan air. Malah Vivo Z3i ini juga turut menyokong nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 90.3%.

Dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P60, Vivo Z3i disediakan dengan RAM sebesar 6GB, dan juga ruang storan yang besar iaitu 128GB. Manakala untuk penggambarannya pula, ia menyokong dwi kamera utama beresolusi 16MP + 2MP, serta kamera hadapan beresolusi 24MP.

Vivo Z3i dengan sokongan bateri 3,315 mAh ini akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Aurora Blue atau Millenium Powder, dan boleh dimiliki pada harga CNY2298 (kira-kira RM1387).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend