Ketirisan Video Xiaomi Mi Max 3 Memperlihatkan Rekaan Penuh Dalam Warna Hitam Dan Emas Comments Off on Ketirisan Video Xiaomi Mi Max 3 Memperlihatkan Rekaan Penuh Dalam Warna Hitam Dan Emas

Xiaomi Mi Max 3 masih lagi belum dilancarkan secara rasmi di pasaran, tetapi baru-baru ini ada pengguna di Weibo dilihat telah berkongsi dua video berasingan yang memperlihatkan rekaan penuh peranti mampu milik tersebut. Melalui video yang telah dikongsikan itu, Xiaomi Mi Max 3 juga telah disahkan akan hadir dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan juga emas.

Berdasarkan stiker yang dapat dilihat pada video tersebut, Mi Max 3 dengan sokongan paparan skrin 18:9 tanpa takuk berukuran 6.9 inci ini turut menawarkan bateri berkapasiti 5500 mAh. Dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, ia juga menjanjikan penggambaran dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel + 5 Megapiksel dengan saiz piksel sebesar 1.4 mikron.

Sebagaimana yang kami telah dedahkan sebelum ini, Mi Max 3 akan turut diperkenalkan dalam varian Pro yang dikatakan akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710, ruang storan 128GB dan juga RAM sebesar 6GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend