Ketirisan Video Pengiklanan Samsung Galaxy Note 9 Memfokuskan Empat Ciri Ini… Comments Off on Ketirisan Video Pengiklanan Samsung Galaxy Note 9 Memfokuskan Empat Ciri Ini…

Hari ini Samsung tanpa sengaja telah termuat naik sebuah video pengiklanan rasmi untuk model Galaxy Note 9 yang akan dilancarkan pada 9 Ogos nanti. Walaupun video berdurasi selama 30 saat itu telah dipadam dari YouTube, kami telah berjaya memuat turun video tersebut untuk tatapan pembaca TeknoRatz.

Melalui ketirisan video tersebut, Samsung dilihat cuba memfokuskan kepada empat ciri utama seperti berikut:

  • Rekaan – memandangkan kedudukan sensor pengimbas cap jari bersebelahan kamera telah menimbulkan kontroversi sebelum ini, Galaxy Note 9 kini hadir dengan rekaan yang telah diperbaharui.
  • S Pen – sebagaimana yang tertiris sebelum ini, Galaxy Note 9 dikatakan akan menyokong S Pen yang lebih berkuasa dengan sambungan Bluetooth. Malah ia juga kini didatangkan dalam rekaan dua warna kontra yang menarik iaitu biru dan kuning.
  • Bateri – jika anda pernah memiliki siri Galaxy Note sebelum ini, ketahanan bateri bukanlah sesuatu yang membanggakan. Ini mungkin disebabkan sokongan kapasiti bateri yang agak kecil, tetapi video Galaxy Note 9 ini memperlihatkan ketahanan bateri yang baik dan ini mungkin merujuk kepada sokongan kapasiti bateri yang lebih besar.
  • Storan – melalui video ini juga Samsung buat pertama kalinya telah menawarkan varian 512GB untuk telefon pintar keluarannya dan Galaxy Note 9 merupakan model pertama hadir dengan ruang storan sebesar itu.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend