Ketirisan Ujian Penanda Aras Apple A14 Bionic Menyaksikan Skor Tertinggi, Atasi Snapdragon 865 Comments Off on Ketirisan Ujian Penanda Aras Apple A14 Bionic Menyaksikan Skor Tertinggi, Atasi Snapdragon 865

Apple pada tahun ini bakal memperkenalkan siri iPhone 12 yang akan menampilkan sokongan cipset terbaharu iaitu Apple A14 Bionic yang sudah tentunya jauh lebih berkuasa.

Melalui pendedahan skor ujian penanda aras Geekbench 5 yang tertiris, cipset Apple A14 Bionic telah menyaksikan skor tertinggi pernah dicatatkan oleh telefon pintar. Dengan mencatatkan skor single-core sebanyak 1,658 mata dan juga skor multi-core mencecah 4,612 mata, Apple A14 Bionic sekaligus telah berjaya mengatasi skor yang diperolehi oleh Snapdragon 865.

Ternyata Apple A14 Bionic mungkin akan mencatatkan skor yang lebih baik memandangkan ketirisan skor ini diperolehi daripada hasil ujian yang dibuat pada versi beta 1.

Apa yang menariknya, Apple A14 Bionic dipercayai hadir dengan sokongan enam teras dengan kelajuan maksimum mencecah 3.1GHz. Bahkan berdasarkan pendedahan yang dikongsikan sebelum ini, cipset terbaharu daripada Apple ini akan dibangunkan berasaskan daripada proses 5nm.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend