
Nampaknya ketirisan tentang spesifikasi peranti baharu di pangkalan data ujian penanda aras Geekbench mungkin boleh dipersoalkan pada masa akan datang. Ini berikutan terdapat pembangun di portal XDA Developers dilihat telah mendedahkan perkara ini melalui perkongsian artikelnya yang terbaru.

Perkara ini mula dikongsikan selepas terdapat banyak portal seperti XDA Developers dan portal kami sendiri telah berkongsi ketirisan berhubung skor serta spesifikasi awal berhubung model Pocophone F1 Lite. Menurut pendedahan yang dibuat, skor yang dicatatkan di Geekbench itu sebenarnya telah dimodifikasikan daripada peranti lain.
Hmm I'm not aware of a Lite…
— Alvin Tse (@atytse) March 15, 2019
Malah Alvin Tse selaku Ketua Pocophone Global sendiri turut menyangkal kewujudan versi Lite untuk model Pocophone F1 melalui maklum balasnya di Twitter.

Menariknya, hari ini beberapa lagi ketirisan Pocophone F2 turut dikongsikan melalui pangkalan data Geekbench dan apa yang menghairankan ia dilihat hadir dengan sokongan spesifikasi yang berbeza. Ketirisan terbaru memperlihatkan ia telah dioperasikan dengan Snapdragon 855, dioperasikan oleh Android Q, dan hadir dengan 4GB RAM, yang mana sebenarnya telah dimodifikasikan daripada model Pixel 2 XL.
Baca juga:
Pocophone F1 Lite Dengan Sokongan Snapdragon 660 Dan 4GB RAM Bakal Diperkenalkan