Ketirisan Poster Samsung Galaxy Z Memperlihatkan Rekaan Skrin Boleh Lipat Dengan Dwi Engsel Comments Off on Ketirisan Poster Samsung Galaxy Z Memperlihatkan Rekaan Skrin Boleh Lipat Dengan Dwi Engsel

Kita mungkin sudah sedia maklum bahawa Samsung akan melancarkan dua model telefon pintar terbaharunya pada 11 Februari 2020 nanti dengan kemunculan siri Galaxy S20 dan juga Galaxy Z Flip – iaitu telefon pintar dengan skrin boleh lipat generasi kedua daripada Samsung.

Melalui perkongsian di Weibo, sebuah imej poster telah berjaya dikongsikan kepada umum yang jelas menyaksikan nama modelnya iaitu Galaxy Z. Namun begitu tiada sebarang maklumat berhubung peranti ini berjaya didedahkan.

Berbeza dengan Galaxy Z Flip yang tampil dengan rekaan ikonik jenis ‘clamshell’, Galaxy Z dilihat tampil dengan rekaan dwi engsel yang boleh dilipat seperti huruf Z.

Sebenarnya rekaan yang akan digunakan oleh Samsung ini kelihatan sama seperti peranti prototaip yang dipamerkan oleh TCL. Dilengkapi dengan dwi engsel berasingan, ia mampu menyokong paparan skrin berukuran sehingga 10 inci apabila dibuka.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend