Ketirisan Pelindung Skrin HUAWEI Mate 30 Pro Memperlihatkan Rekaan Skrin Yang Lebih Melengkung Comments Off on Ketirisan Pelindung Skrin HUAWEI Mate 30 Pro Memperlihatkan Rekaan Skrin Yang Lebih Melengkung 98

Mungkin kita sudah sedia maklum bahawa HUAWEI sudah tentunya akan menggunakan rekaan skrin melengkung pada model HUAWEI Mate 30 Pro apabila dilancarkan secara rasmi nanti. Ini kerana rekaan sebegini telah mula diperkenalkan bermula daripada model Mate 20 Pro pada tahun lepas.

Menurut peniris popular iaitu @UniverseIce, rekaan skrin melengkung pada model Mate 30 Pro nanti dikatakan akan lebih ketara berbanding generasi sebelumnya. Berdasarkan ketirisan gambar pelindung skrin Mate 30 Pro yang telah dikongsikannya di laman Twitter, rekaan lengkungan pada skrin itu hampir memiliki sudut mencecah 90 darjah.

Mate 30 Pro juga dipercayai akan menyokong rekaan takuk yang lebih kecil dan juga sokongan pengecaman wajah yang lebih canggih berbanding Mate 20 Pro.

Ketirisan gambar ini dilihat seiring dengan laporan yang sebelum ini mendedahkan HUAWEI akan melakukan eksperimentasi untuk menggunakan rekaan kaca unibodi, yang mana akan menyambungkan bahagian panel belakang dan juga panel depan dengan lebih sempurna.

Imej pengolokan rekaan skrin HUAWEI Mate 30 Pro.

Namun benar atau tidak HUAWEI akan menggunakan rekaan skrin melengkung seperti yang dilaporkan itu, sama-sama kita nantikan pendedahannya pada Oktober nanti. Ini kerana rekaan itu sebenarnya memiliki cabaran untuk mengatasi isu sentuhan tanpa sengaja pada permukaan lengkungan skrin, dan juga lebih berisiko untuk retak.

Baca juga:

Siri Huawei Mate 30 Mungkin Hadir Dengan Kirin 985 Dan HongMeng OS

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend