Ketirisan Pelindung Skrin Google Pixel 4 Memperlihatkan Rekaan Lubang Kamera Dalam Skrin Comments Off on Ketirisan Pelindung Skrin Google Pixel 4 Memperlihatkan Rekaan Lubang Kamera Dalam Skrin 438

Jika dilihat pada trend pelancaran telefon pintar keluaran Google sebelum ini, siri Google Pixel akan diperkenalkan pada bulan Oktober pada setiap tahun. Jadi ada kemungkinan untuk Google Pixel 4 juga akan turut dilancarkan pada bulan Oktober 2019 nanti.

Walaupun masih ada lebih kurang lima bulan sebelum Pixel 4 diumumkan secara rasmi, Skinomi yang merupakan salah satu daripada pengeluar pelindung skrin dari Amerika Syarikat telah mula mendedahkan klu awal terhadap rekaan awal Pixel 4.

Melalui maklumat yang dikongsikan oleh portal itu, Pixel 4 dipercayai tidak lagi menyokong paparan skrin penuh dengan rekaan takuk. Sebaliknya ia memperlihatkan rekaan lubang dwi kamera depan yang ditempatkan pada bahagian kanan skrin. Ini secara tidak langsung mengesahkan ketirisan berita sebelum ini.

Dijual pada harga USD8.95 (kira-kira RM37.55), Skinomi turut dilihat mula membuka pra-tempah untuk pelindung skrin Pixel 4, dan dijadualkan akan mula diterima pada 20 November 2019 nanti.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Google Pixel 4, Pixel 4 XL Muncul Dalam Imej Pengolokan Terbaru

Google Mempatenkan Rekaan Skrin Penuh Tanpa Takuk Untuk Google Pixel 4

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend