Ketirisan Paten Sarung Pelindung Huawei Mate 30 Pro Memberi Klu Sokongan Lima Kamera Comments Off on Ketirisan Paten Sarung Pelindung Huawei Mate 30 Pro Memberi Klu Sokongan Lima Kamera

Berdasarkan ketirisan maklumat berhubung Huawei P30 Pro yang dikongsikan sebelum ini, ia merupakan telefon pintar pertama daripada Huawei hadir dengan sokongan empat kamera dan dijangka akan muncul dalam acara MWC 2019 pada Februari nanti. Belum sempat model dari siri P itu diperkenalkan, baru-baru ini tertiris pula berita tentang Huawei Mate 30 Pro.

Melalui ketirisan paten sarung pelindung Huawei Mate 30 Pro yang telah difailkan oleh Huawei di CNIPA (Pentadbiran Harta Intelek China) yang berjaya didedahkan oleh Mobielkopen, ia memiliki potongan kamera yang lebih panjang berbanding Mate 20 Pro. Perkara ini secara tidak langsung telah memberi klu bahawa Mate 30 Pro mungkin hadir dengan sokongan lima kamera.

Perbezaan antara rekaan sarung pelindung Huawei Mate 30 Pro yang dipatenkan dengan Huawei Mate 20 Pro.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana selain Huawei Mate 30 Pro, Nokia 9 PureView sebelum ini lebih awal mengejutkan banyak pihak dengan berita ketirisan sokongan lima kameranya.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend