Ketirisan Paten Mendedahkan Google Pixel Watch Dengan Rekaan Muka Jam Bulat Comments Off on Ketirisan Paten Mendedahkan Google Pixel Watch Dengan Rekaan Muka Jam Bulat

Berita mengenai jam tangan yang akan diperkenalkan oleh Google telah lama diperkatakan di Internet, tetapi ia dilihat sekadar khabar angin kerana tiada bukti kukuh yang mengesahkan berita tersebut.

Akhirnya khabar angin itu dilihat bakal menjadi realiti selepas portal Patently Apple telah mendedahkan rekaan awal untuk Google Pixel Watch. Lakaran yang berjaya diperolehi melalui paten yang telah diluluskan oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan A.S. ini dengan jelas telah memperlihatkan rekaan muka jam bulat mirip seperti Galaxy Watch.

Berdasarkan lakaran paten itu juga, Google Pixel Watch bakal menggunakan rekaan inovasi pada tali jam yang hadir dengan mekanisma khas yang membolehkannya ditanggalkan daripada jam dengan lebih mudah. Google dilihat telah mempatenkan dua jenis mekanisma untuk menanggalkan tali jam iaitu dengan kaedah tolakan dan juga menekan butang khas.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend