Ketirisan Panel Skrin HUAWEI Mate 30 Mengesahkan Sokongan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Comments Off on Ketirisan Panel Skrin HUAWEI Mate 30 Mengesahkan Sokongan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin 191

Setakat ini berita ketirisan tentang peranti terbaharu daripada HUAWEI lebih banyak tertumpu pada varian tertinggi daripada siri Mate 30 iaitu Mate 30 Pro. Ternyata model Mate 30 turut tidak terlepas daripada menjadi ‘mangsa’ apabila dua keping gambar yang memperlihatkan panel skrin peranti itu mula tertiris di laman Weibo.

Berbeza dengan Mate 30 Pro yang memiliki saiz takuk yang lebih lebar bagi menempatkan sensor pengecaman wajah 3D, ketirisan gambar panel skrin pada Mate 30 dilihat tampil lebih kecil dan mirip seperti saiz takuk yang dimiliki oleh siri HUAWEI P20. Namun begitu, ia dijangka tampil dengan teknologi pengecaman wajah yang baharu.

Berdasarkan panel skrin itu lagi, Mate 30 didakwa akan turut menyokong teknologi pengimbas cap jari dalam skrin berdasarkan penyediaan sensor yang terdapat pada bahagian bawah skrin. Menariknya, Mate 30 juga dikatakan akan menampilkan saiz bezel bawah yang jauh lebih nipis berbanding siri Mate 20 sebelum ini.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Dijangka Akan Perkenalkan Kirin 990 Dan Kirin 985 Untuk Siri Mate 30 Bulan Depan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend