Ketirisan Imej Skematik iPhone 12 Memperlihatkan Rekaan Takuk Lebih Kecil Comments Off on Ketirisan Imej Skematik iPhone 12 Memperlihatkan Rekaan Takuk Lebih Kecil

Seperti yang kita ketahui, Apple sebelum ini dikatakan tidak akan terus menggunakan rekaan skrin penuh tanpa takuk tetapi sebaliknya akan hadir dengan rekaan takuk yang lebih kecil untuk siri iPhone 12 yang akan diperkenalkan nanti.

Berdasarkan pendedahan terbaharu yang dikongsikan oleh @jon-prosser yang sebelum ini berjaya meramalkan dengan tepat tarikh pelancaran iPhone SE, beliau telah memuat naik imej skematik yang akan digunakan pada siri iPhone 12.

Melalui imej tersebut, iPhone 12 akan memiliki saiz takuk yang lebih kecil dengan sokongan bezel yang sedikit lebih kecil. Walaupun tampil dengan rekaan yang lebih kecil, ia dikatakan masih mampu menawarkan sokongan penuh Face ID sebagaimana model iPhone sebelum ini.

Berikutan penularan wabak COVID-19, ada laporan yang mendedahkan bahawa pelancaran iPhone 12 mungkin akan ditunda daripada tarikh pelancaran sebenarnya yang dijadualkan berlangsung pada September tahun ini.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend