Ketirisan Imej Samsung Galaxy Note9 Hampir Menyerupai Galaxy Note8 Comments Off on Ketirisan Imej Samsung Galaxy Note9 Hampir Menyerupai Galaxy Note8

Samsung Galaxy Note9 dijangka akan diperkenalkan pada bulan Ogos tahun ini. Ia merupakan model yang paling diminati oleh peminat Samsung kerana menawarkan telefon pintar yang serba lengkap termasuklah kebolehan kamera yang baik, skrin yang luas dan tajam, serta kehadiran S Pen.

Bagaimanapun, ketirisan tetap akan berlaku sebelum ianya rasmi nanti. Terkini, satu imej menunjukkan Galaxy Note9 akan muncul dengan reka bentuk seperti generasi terdahulu, Galaxy Note8 yang bersegi.

Sedikit perbezaan ialah daripada segi ruang bezel di dagu kini lebih nipis dan bucu skrin juga lebih melengkung. Jika sedikit perubahan dilakukan pada panel depan, kemungkinan Samsung akan melakukan perubahan yang ketara pada rekaan panel belakang. Khabarnya pengimbas cap jari akan diletakkan di sebelah bawah modul kamera berbanding bersebelahan pada Galaxy Note8.

Sementara itu, ada beberapa info yang telah diterima setakat ini mengatakan ia akan dibekalkan dengan bateri sebesar 4,000mAh, memori RAM sehingga 8GB, skrin lebih luas 6.4-inci (6.3″ pada Note8), serta S Pen yang menyokong Bluetooth.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend