Ketirisan Imej Rasmi Razer Phone 2 Memperlihatkan Rekaan Logo Dengan Sokongan LED Comments Off on Ketirisan Imej Rasmi Razer Phone 2 Memperlihatkan Rekaan Logo Dengan Sokongan LED 1014

Razer Phone generasi pertama telah diperkenalkan pada November 2017 dan ia telah berjaya mendapat perhatian pengguna kerana menyokong paparan skrin dengan kadar segar semula mencecah sehingga 120Hz. Malah sokongan speaker stereo dengan sentuhan audio Dolby Atmos pada panel depan kerangkanya juga turut menjanjikan pengalaman gaming terbaik.

Rekaan Razer Phone generasi pertama hadir dengan rekaan panel belakang yang sedikit berbeza.

Sebagaimana yang telah didedahkan sebelum ini, Razer telah dilaporkan akan melancarkan generasi keduanya dengan kemunculan Razer Phone 2 pada 10 Oktober nanti. Bahkan melalui ujian penanda aras yang telah dilakukan, Razer Phone 2 telah disahkan akan menyokong pemproses Snapdragon 845, RAM 8GB, dan juga storan sebesar 512GB.

Lebih menariknya, Evan Blass juga baru-baru ini dilihat telah mula mendedahkan rekaan imej rasmi Razer Phone 2 melalui akaun Twitter miliknya. Berdasarkan perkongsian imej tersebut, Razer Phone masih mengekalkan identiti rekaan asalnya tetapi kecuali pada rekaan kamera utamanya yang kini ditempatkan di tengah-tengah kerangka.

Razer Phone 2 tampil dengan rekaan yang diperbaharui, terutamanya kedudukan dwi kamera dan juga logo yang kini hadir dengan lampu LED.

Jika itu tidak cukup menggembirakan anda, Evan Blass turut mengesahkan sokongan lampu LED pada logo Razer pada panel belakangnya. Namun begitu tidak dapat dipastikan lagi sama ada ia menyokong RGB LED ataupun LED biasa sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend