Ketirisan Imej Rasmi OnePlus 6T Memperlihatkan Kemasan Warna Mirror Black Dan Midnight Black Comments Off on Ketirisan Imej Rasmi OnePlus 6T Memperlihatkan Kemasan Warna Mirror Black Dan Midnight Black

OnePlus 6T sebelum ini telah dikatakan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober ini, sungguhpun setakat ini tiada tarikh rasmi diumumkan lagi. Sebelum ini OnePlus 6T telah tertiris dengan imej dalam warna kelabu serta rekaan takuk yang kecil mirip seperti titisan air. Malah tidak lama selepas itu, kotak pembungkusannya juga turut dikongsikan di Internet dengan mendedahkan sedikit spesifikasi awal tentang OnePlus 6T.

Nampaknya baru-baru ini satu lagi ketirisan tentang OnePlus 6T telah berjaya didedahkan oleh WinFuture dengan mendedahkan dua lagi warna untuk peranti ini. Melalui imej yang dikongsikan itu, selain warna kelabu, OnePlus 6T turut disahkan akan hadir dalam dua lagi pilihan warna iaitu Mirror Black dan juga Midnight Black.

OnePlus 6T yang akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, RAM berkapasiti 8GB, ruang storan 256GB, dan juga teknologi pengimbas cap jari pada skrin ini dijangka akan dilancarkan pada 17 Oktober nanti. Ia juga dijangka akan hadir dengan sokongan Android 9.0 Pie.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend