Ketirisan Imej Rasmi Nokia 8.1 Telah Disahkan Sebagai Versi Global Untuk Model Nokia X7 Di China Comments Off on Ketirisan Imej Rasmi Nokia 8.1 Telah Disahkan Sebagai Versi Global Untuk Model Nokia X7 Di China

Blog NokiaPowerUser baru-baru ini telah berjaya mendedahkan imej rasmi sebuah model terbaharu yang akan diperkenalkan oleh HMD Global. Berdasarkan imej tersebut, ia telah disahkan sebagai model Nokia 8.1 yang merupakan versi global untuk model Nokia X7 yang sebelum ini dilancarkan eksklusif untuk pasaran di China.

Sama seperti Nokia X7, Nokia 8.1 akan dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710, dioperasikan oleh antaramuka Android 9.0 Pie yang asli, hadir dalam dua varian iaitu 4GB + 64GB atau 6GB + 128GB, skrin sebesar 6.18 inci FHD+ (2246 x 1080 piksel), dwi kamera utama 12MP + 13MP, kamera swafoto 20MP, dan juga bateri berkapasiti 3500 mAh.

Nokia 8.1 dikatakan akan dilancarkan secara rasmi di Dubai pada 5 Disember nanti dan buat masa ini harga jualannya masih lagi kekal misteri.

Baca juga:

Nokia 8.1 Muncul Di Geekbench Dengan Sokongan Snapdragon 710 Serta Dioperasikan Oleh Android 9.0 Pie

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend