Ketirisan Imej Rasmi Huawei Enjoy Max Memperlihatkan Skrin 7.12″ Dengan Rekaan Takuk Kecil 0 359

Tinggal kurang seminggu untuk Huawei melancarkan peranti flagship keluarannya dengan siri Mate 20, sungguhpun Huawei sebenarnya tidak terus mengabaikan segmen pasaran untuk peranti kelas pertengahannya. Ini dapat disahkan melalui perkongsian maklumat daripada Evan Blass mengenai kemunculan model terbaharu Huawei Enjoy Max.

Menurut Evan Blass, Huawei Enjoy Max dengan sokongan skrin 7.12 inci ini sebenarnya merupakan jelmaan semula daripada model Honor 8X Max yang telah dilancarkan pada awal September lalu. Bahkan ia juga bakal menjadi model pertama daripada Huawei menampilkan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air.

Huawei Enjoy Max dipercayai menyokong spesifikasi yang sama seperti Honor 8X Max, kecuali ia dilaporkan akan dikuasakan dengan pemproses 10nm terbaharu daripada Qualcomm Snapdragon 670. Lebih uniknya, rekaan panel belakangnya juga telah diperbaharui dengan kemasan seperti kulit.

Buat masa ini masih belum ada maklumat rasmi berhubung tarikh pelancaran, harga ataupun spesifikasi penuh untuk Huawei Enjoy Max.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend