Ketirisan Imej Pixel 3 XL Memperlihatkan Rekaan Skrin Bertakuk Dengan Sokongan Satu Kamera Comments Off on Ketirisan Imej Pixel 3 XL Memperlihatkan Rekaan Skrin Bertakuk Dengan Sokongan Satu Kamera

Forum Android popular yang menghimpunkan ramai pembangun bebas iaitu XDA, baru-baru ini telah mendedahkan sebuah peranti prototaip model Pixel 3 XL yang dipercayai akan mula dilancarkan pada bulan Oktober 2018 nanti. Sebagaimana khabar angin yang tersebar sebelum ini, Pixel 3 XL dilihat hadir dengan rekaan skrin bertakuk bagi menempatkan dua sensor kamera hadapan.

 

Melalui perkongsian gambar ini juga, prototaip Pixel 3 XL ini turut menyokong ruang storan sebesar 128GB, RAM berkapasiti 4GB, dan juga dioperasikan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845. Google Pixel 3 XL yang tampil dengan nama kod ‘crosshatch’ ini turut memperlihatkan rekaan panel belakang yang diperbuat daripada kaca. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada ia akan menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar ataupun tidak.

Sama seperti model Pixel XL sebelum ini, Pixel 3 XL juga turut menyokong dua buah speaker pada panel hadapan peranti. Selain itu ia juga dilihat masih mengekalkan keupayaan penggambaran satu lensa dan juga sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya. Ini secara tidak langsung mungkin memberi tanda awal bahawa Pixel 3 XL tidak menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend