Ketirisan Imej Nokia 9 Memperlihatkan Rekaan Skrin Dengan Bezel Yang Agak Besar Comments Off on Ketirisan Imej Nokia 9 Memperlihatkan Rekaan Skrin Dengan Bezel Yang Agak Besar

Sebelum ini ketirisan mengenai imej Nokia 9 sering memperlihatkan rekaan panel belakangnya yang menampilkan sokongan lima kamera, dan ia dijangka akan dilancarkan pada Januari 2019 nanti.

Baru-baru ini satu lagi ketirisan terbaharu berhubung Nokia 9 telah mula tersebar di Internet dan kali ini ia menyaksikan ketirisan imej bahagian panel hadapannya pula. Berdasarkan imej yang dikongsikan oleh Slashleaks, rekaan bezel pada Nokia 9 kelihatan agak besar pada bahagian atas dan juga bawah skrinnya.

Jika kebanyakan pengeluar telefon pintar lebih cenderung untuk mengelakkan rekaan bezel sebegini, Nokia nampaknya tidak begitu menghiraukan trend tersebut. Sebaliknya ia lebih memfokuskan kepada keupayaan penggambaran lima kamera utamanya yang diharapkan mampu menjanjikan kualiti gambar yang terbaik.

Bahkan Nokia 9 juga dikatakan akan dioperasikan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, dan bukannya pemproses 7nm terbaharu daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 855. Namun selagi model ini masih belum diumumkan secara rasmi, masih ada ruang untuk pihak Nokia melakukan sebarang perubahan pada peranti mercunya ini.

Baca juga:

Nokia 9 PureView Dengan Sokongan Lima Kamera Mungkin Akan Dilancarkan Pada Januari 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend