Ketirisan Imej Huawei P30 Dan P30 Pro Memperlihatkan Rekaan Takuk Titisan Air Dengan Sokongan Hingga 4 Kamera Comments Off on Ketirisan Imej Huawei P30 Dan P30 Pro Memperlihatkan Rekaan Takuk Titisan Air Dengan Sokongan Hingga 4 Kamera

Pada minggu lepas konsep rekaan panel belakang Huawei P30 dan P30 Pro telahpun berjaya didedahkan melalui ketirisan imej sarung pelindung jernih yang tersebar di Internet.

Nampaknya hari ini sekali lagi imej kedua-dua model itu telah berjaya didedahkan pula melalui perkongsian imej aksesori untuk Huawei P30 dan P30 Pro yang dihasilkan oleh Olixar. Lebih menariknya, ia turut memperlihatkan rekaan imej hadapan dan belakang kedua-dua model itu dengan lebih jelas.

Huawei P30 Pro dengan sokongan empat kamera
Huawei P30 dengan sokongan tiga kamera.

Jika diperhatikan, Huawei P30 dan P30 Pro masing-masing akan menampilkan skrin dengan rekaan takuk ala tititisan air. Namun begitu Huawei P30 dilihat akan menyokong tiga kamera utama, manakala Huawei P30 Pro pula menyokong empat kamera yang disusun secara menegak.

Menurut pendedahan yang dibuat oleh TechRadar, Huawei P30 Pro juga dikatakan mungkin akan menyokong lensa utama beresolusi 38MP daripada Sony IMX607, dengan imej sensor sebesar 1/1.8 inci. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan pendedahan rasminya pada tahun depan.

Imej pengolokan yang dihasilkan oleh @VenyaGeskin1 berdasarkan ketirisan info tentang Huawei P30 Pro.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend