Ketirisan Imej Huawei Mate 20 Pro Mendedahkan Kehadiran Tiga Warna Pilihan Comments Off on Ketirisan Imej Huawei Mate 20 Pro Mendedahkan Kehadiran Tiga Warna Pilihan

Huawei sebelum ini telah mengesahkan tarikh pelancaran siri Huawei Mate 20 yang akan diadakan secara rasmi pada 16 Oktober 2018 nanti di London. Tinggal lebih kurang tiga minggu sebelum ia didedahkan kepada umum, hari ini WinFuture telah berjaya berkongsi imej rasmi Huawei Mate 20 Pro yang akan dilancarkan serentak dengan dua lagi model iaitu Mate 20 dan juga Mate 20 Porsche Design.

Perkongsian imej Huawei Mate 20 Pro ini bukan sahaja memperlihatkan rekaan panel hadapan dan juga belakangnya, tetapi ia juga turut mendedahkan penawaran tiga warna untuk model tersebut. Warna pertama iaitu Classic Black tampil dengan kemasan panel belakang yang berkilat mirip seperti warna Mirror Black pada OnePlus 6.

Warna kedua yang ditawarkan adalah Pinstripe Blue yang kelihatan agak unik kerana kemasan panel belakangnya yang diperbuat daripada kaca ini kelihatan seperti permukaan fabrik. Apa yang lebih istimewanya, Mate 20 Pro turut diperkenalkan dalam warna Twilight yang memiliki campuran warna biru, ungu dan hitam.

Berdasarkan ketirisan imej tersebut, Huawei Mate 20 Pro dilihat telah mempraktikkan rekaan skrin bertakuk buat pertama kalinya pada siri Huawei Mate. Bahkan menurut maklumat yang telah dikongsikan sebelum ini, Mate 20 Pro dipercayai akan menyokong skrin OLED 6.3 inci dengan resolusi 3120 x 1440 piksel.

Huawei Mate 20 Pro dilaporkan menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin, tiga kamera daripada LEICA, dan tersedia dengan teknologi pengecasan tanpa wayar. Permukaan panel belakang Mate 20 Pro juga dikhabarkan boleh digunakan untuk mengecas FreeBuds 2 Pro yang akan dilancarkan serentak dengan siri Mate 20 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend