Ketirisan Imej Huawei Mate 20 Lite Memperlihatkan Rekaan Skrin Bertakuk Dengan Sokongan Empat Kamera Comments Off on Ketirisan Imej Huawei Mate 20 Lite Memperlihatkan Rekaan Skrin Bertakuk Dengan Sokongan Empat Kamera

Pada tahun lepas, model Maimang 6 telah dilancarkan secara rasmi dan ia telah dijual secara eksklusif untuk pasaran di China. Sungguhpun begitu, model itu sebenarnya lebih dikenali sebagai Huawei Mate 10 Lite untuk pasaran di Eropah, manakala untuk pasaran tempatan di Malaysia pula ia diperkenalkan sebagai model Huawei nova 2i.

Hari ini ketirisan imej Maimang 7 di laman rasmi TENAA di China telah memberi petunjuk awal kemunculan model Huawei Mate 20 Lite di pasaran tidak lama lagi. Walaupun perkongsian imej itu tidak mendedahkan spesifikasi yang disokong, sekurang-kurangnya beberapa klu sudah boleh dilihat pada model ini.

Walaupun imej yang dikongsikan tidak memperlihatkan skrin yang dinyalakan, Huawei Mate 20 Lite sah menyokong rekaan skrin bertakuk melalui kedudukan dwi kamera hadapan dan juga lubang earpiece yang lebih bulat. Manakala rekaan panel belakangnya pula menampilkan sokongan dwi kamera utama, sensor pengimbas cap jari dan juga lampu LED Flash.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend