Ketirisan Gambar Sebenar Google Pixel 3 XL Dalam Warna Clearly White Comments Off on Ketirisan Gambar Sebenar Google Pixel 3 XL Dalam Warna Clearly White

Ketirisan gambar Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL bukanlah sesuatu yang baru kerana imej rekaan berasaskan CAD kedua-dua model ini telahpun tersebar di Internet pada bulan lepas. Dijangka akan diumumkan pada bulan Oktober nanti, Pixel 3 dijangka menawarkan saiz skrin berukuran 5.3 inci tanpa takuk, manakala Pixel 3 XL pula hadir dengan sokongan skrin berukuran 6.2 inci dengan rekaan takuk.

Menariknya, hari ini blog Android popular iaitu XDA Developers telah berkongsi gambar sebenar Google Pixel 3 XL dalam warna Clearly White. Berdasarkan daripada gambar yang telah dikongsikan, Pixel 3 XL yang dipaparkan ini merupakan model EVT 1.0 (Engineering Validation Test) dan ia hanya menyokong ruang storan sebesar 64GB berbanding 128GB pada model sebenar nanti.

Namun berbeza dengan rekaan CAD yang tertiris sebelum ini yang memperlihatkan rekaan panel separa kaca, ketirisan gambar sebenar ini dilihat menyokong rekaan panel belakang kaca sepenuhnya. Benar atau tidak, mungkin lebih selamat untuk kita nantikan pendedahan rasminya pada Oktober 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend